Monday, 29 April 2013


INPUT DAN KEGUNAANNYA
  1. Input ialah data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk di proses di mana data akan ditukar ke bentuk isyarat digital supaya boleh difahami oleh komputer (bahasa mesin)[0-1].
  1. Peranti Input - peranti yang digunakan untuk memasukkan data yang hendak diproses dimana input akan ditukar ke bentuk isyarat digital yang difahami oleh komputer.
  1. Kategori Peranti Input :-
  1. Peranti Input Papan Kekunci
  2. Peranti Penunjuk - tetikus, joystick, trackball, skrin sentuh, pena cahaya
  3. Peranti Pengesanan - bar code reader, scanner, peranti OMR, MICR inscriber
  4. Mesin Pembaca Magnetic Stripe Card, Smart cards, dan Optikal Cards - kad kredit, ATM, kad pintar (kad telefon)
  5. Peranti Pengesanan Input Suara - peranti ini dapat menerima percakapan melalui mikrofon dan menukar percakapan manusia ke kod digital untuk diproses oleh komputer.
  6. Peranti Input Audio - merekod bunyi dalam bentuk analog dan menukar ke isyarat digital
  7. Peranti Input Video - ia akan menukar isyarat analog dari VCR cakera video ke bentuk isyarat digital. Contoh, VCD dan  CD.
  8. Peranti Input Kamera - mengambil gambar dalam bentuk elektronik untuk tayangan terus kepada monitor
  9. Peranti Input Pengesanan - peranti input akan mengesan data tertentu secara terus dari persekitaran dan menghantarnya ke komputer. Data yang dapat dikesan seperti kelajuan, berat, tekanan, suhu angin dan cahaya. 

TETIKUS

Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.
Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengendalian tetingkap ( Window ) sepertiMicrosoft WindowsLinux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasigrafik, dan atur cara penerbitan meja. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.
Input tetikus juga biasanya digunakan untuk domain atur cara penggunaan yang khusus. Dalam grafik tiga dimensiinteraktif, gerakan tetikus seringnya ditukar secara langsung menjadi perubahan orientasi kamera maya. Misalnya, dalam permainan genre penembak diri pertama, pemain biasanya menggunakan tetikus untuk mengawal arah yang dihadap oleh "kepala" pemain maya. Menggerakkan tetikus ke arah atas skrin akan menyebabkan pemain melihat ke atas dan mendedahkan pemandangan di atas kepala pemain.
Mouse, nama tetikus dalam bahasa Inggeris, dicipta oleh Institut Penyelidikan Stanford dan berasal daripada persamaan model tetikus yang awal (yang memiliki kord pada bahagian belakang peranti yang kelihatan seolah-olah ekor) dengan tikus. Penerbitan perkataan mouse pertama yang diketahui adalah dalam terbitan Computer-Aided Display Control oleh William English pada tahun 1965.

TABLET GRAFIK

Tablet grafik membenarkan artis membuat gerakan tangan yang amat tepat seolah-olah pen yang benar pada permukaan lukisan.
Lukisan digital berkembang maju khususnya dalam seni pengeluaran, dan banyaknya telah digunakan dalam reka bentuk konsepsi untuk filemtelevisyen, dan permainan video. Terdapatnya juga pelbagai jenis lukisan digital, termasuk impresionisme, realisme, dan cat air.
Perisian pelukisan digital seperti Corel PainterStudio ArtistAdobe PhotoshopJasc Paint Shop ProArtRage, dan openCanvasmemberikan artis-artis digital suatu persekitaran yang sama dengan pelukis fizikal: kanvas, alat-alat lukisan, palet untuk mencampurkan warna, dan pilihan warna yang banyak.


PEN CAHAYA


Pen cahaya ialah peranti input komputer dalam bentuk tetongkat yang peka terhadap cahaya. Ia membenarkan pengguna mengacu kepada objek paparan atau menulis pada skrin televisyen atau pengawas komputer dalam cara yang sama dengan skrin sentuh tetapi lebih jitu. Pen cahaya hanya boleh berfungi dengan paparan berasaskan tiub sinaran katod (CRT) dan tidak boleh berfungsi dengan paparan yang berasaskan paparan hablur cecair (LCD). Pen cahaya yang pertama digunakan pada sekitar 1957untuk komputer Lincoln TX-0 di MIT Lincoln Laboratory.
Pen cahaya adalah agak mudah dilaksanakan. Ia berfungsi dengan mengesan setiap perubahan mengejut yang kecil dari segi keamatan cahaya titik skrin apabila senapang elektron mengemas kini titik itu. Dengan membanding setakat mana pengimbasan telah siap pada sesuatu masa, kedudukan X,Y untuk pen dapat ditentukan. Ini biasanya dicapai dengan pen cahaya mencetuskansampukan dan dengan itu, kedudukan imbas boleh dibaca daripada daftar khusus, atau dihitung dengan pembilang atau pemasa. Kedudukan pen dikemaskinikan pada setiap penyegaran skrin.
Pen cahaya menjadi agak popular pada awal dekad 1980-an dan terkenal bagi penggunaannya dalam pensintesis Fairlight CMI, danmikrokomputer BBC Micro. Akibat pengguna perlu mengekalkan kedudukan tangannya di hadapan skrin untuk masa yang panjang, pen cahaya kemudian hilang kepopularannya sebagai salah satu peranti input serba guna.
Pen cahaya pertama digunakan sekitar 1957 bagi komputer Lincoln TX-0 di makmal Lincoln MIT. Peserta dalam rancangan permainan Jeopardy! menggunakn pen cahaya bagi menulis pertaruhan mereka dan balasan bagi pusingan Akhir Jeopardy!.
Oleh kerana pen cahaya beroperasi melalui pengesanan cahaya yang dihasilkan oleh fosforus pada skrin, aras keamatan bukan sifar diperlukan bagi menentukan kedudukan yang dipilih.

PENGIMBAS

Pengimbas imej (image scanner) merupakan peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain ke bentukdigital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas, kamera digital dan lain-lain.


KAMERA DIGITAL




STORAN

Istilah storan dan ingatan merujuk kepada bahagian komputer yang mengekalkan keadaan fisikalnya (data) untuk suatu jangka masa tertentu, walaupun jika kuasa elektrik ke komputer tersebut dimatikan. Biasanya istilah "ingatan" (memory) digunakan untuk peranti yang lebih laju, manakala "storan" (storage) untuk yang lebih perlahan.Storan dalaman


STORAN LUARAN
STORAN MUDAH ALIH

PROJEKTOR LCD 

Peranti paparan ialah peranti output yang digunakan untuk membentangkan maklumat dalam bentuk tontonansentuhan atau bunyi yang diperoleh, disimpan atau dipancarkan dalam pelbagai bentuk. Apabila maklumat input disediakan sebagai isyarat elektrik, maka terhasilnya paparan elektronik.


PEMPLOT



Pemplot ialah peranti pencetakan grafik vektor yang disambungkan dengan sebuah komputer.
Pemplot mencetak outputnya dengan menggerakkan pen melintasi permukaan sehelai kertas. Ini bermakna bahawa pemplot adalah terhad kepada seni tanpa ton dan bukannya grafik raster, seperti dengan pencetak-pencetak yang lain. Ia boleh melukis seni tanpa ton yang rumit, termasuk juga teks, tetapi berbuat demikian dengan amat perlahan kerana pergerakan mekanik pennya. Pemplot tidak berupaya mencetak bahagian satu warna, tetapi boleh melorek bahagian itu dengan melukis sebilangan garis biasa yang rapat.


PENCETAK


Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat.
Pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau berbilang salinan yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-lain borang bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh cetak teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atau warna.